Friday 26 November 2021

Thieves Essential Oil Young Living

 

Kenapa minyak ini diberi nama "Thieves"?


Menurut sejarah, kisahnya berlaku pada tahun 1413 di mana wabak The Black Death telah menghancurkan sebahagian besar Perancis. 

Semasa berlakunya wabak tersebut, empat pencuri telah ditangkap dan didakwa kerana mencuri dari orang yang sakit dan yang telah mati. Ajaibnya, keempat-empat pencuri itu tidak pernah dijangkiti oleh wabak berkenaan walaupun mereka bersentuhan dan berdekatan dengan mangsa-mangsa Black-Death.

Semasa proses menjatuhkan hukuman, hakim amat tertarik untuk mengetahui rahsia bagaimana pencuri-pencuri ini tetap kebal terhadap penyakit yang dahsyat tersebut. Hakim memutuskan jika mereka berkongsi rahsia kekebalan mereka, hukuman terhadap mereka akan diringankan.

Rupanya, pencuri-pencuri ini ialah pedagang minyak wangi dan rempah ratus. Mereka telah menyediakan resepi minyak essential dimana apabila digunakan pada tangan, telinga, kaki dan topeng di mulut mereka, mereka akan selamat dari jangkitan wabak maut berkenaan. 

Haaa, hebat kan penangan rempah ratus ni? 
Nak tahu apa isi kandungan minyak Thieves ni?
Lemon, Clove, Rosemary, Cinnamon Bark dan juga Ecualyptus Radiata.