Sunday, 8 May 2022

Essential Oil White Angelica

 

White Angelica boleh lindungi diri dari aura negatif ?


Jom kita explore! 
Kajian saintifik mengatakan bauan Essential Oil berkait rapat dengan interaksinya dgn sistem limbic otak emosi. 
Hubungan ini yg membantu menjelaskan mengapa bau sering memberi kesan mendalam kepada emosi kita.

White Angelica merupakan salah satu blend yg sangat useful & powerful utk diri sendiri dan orang sekeliling as a protection from  negative energy. 🛡⚔️
Sesungguhnya Allah mencipta tumbuhan dgn kelebihan yg tersendiri. 

Gabungan minyak pati (Bergamot, Geranium, Myrrh, Sandalwood, Rosewood, Ylang Ylang, Black Spruce, Hyssop & Melissa) yg ada dalam White Angelica ia telah membentuk medan frekuensi yg dapat menjauhkan kesan negatif kepada si pemakai dan orang sekeliling.

Apa yg best sangattttttt tentang White Angelica ?

• Membantu kita berasa tenang sekaligus impak yang sama kepada org sekeliling (calm & positive)

• Salah satu ikhtiar untuk kita melindungi diri daripada perkara2 negatif atau mistik selain kita menggunakan ayat2 Al-Quran sebagai pelindung & pendinding diri serta keluarga. 

• Sesiapa yg mengalami trauma, boleh juga ikhtiar White Angelica in sha Allah ia dapat membantu dalam menangani masalah ini.

Cara guna dan pakai White Angelica untuk kesan yang maksima, in sha Allah.

Mulai dengan Bismillah & Doa

Berbalik kepada asas, segala yang ada di langit dan bumi ini semuanya adalah milik Allah SWT, termasuklah diri kita. Tiada satu pun yang terkecuali. Hatta yang tidak nampak dimata seperti kesihatan dan kebahagiaan sekalipun.

Untuk dapatkan semua itu, mestilah kita kena minta dari tuan punya, kan. Hak Allah, kan.

White Angelica ni hanya sebagai alat sahaja. 


Disyorkan agar dahulukan rutin ini dengan Bismillah 7. Jika lihat pada maknanya, sangat-sangat indah. Sambil baca Bismillah 7 tu, hayati maknanya. Hayati dan selami. 

Disarankan jika pakai White Angelica ni pakailah lepas mandi sebelum subuh tu, sebelum solat sunat atau tahajjud. Masa tu kita dah relaks, tak gopoh-gapah. 

Jangan lupa selawat juga!


•Titis & Activate-kan

Kemudian, titiskan White Angelica ke atas tapak tangan. Setitis pun dah cukup. Activate-kan fungsi minyak tu dengan cara mengosok kedua-dua belah tangan dalam 2-3 kali dan terus bawa tapak tangan ke hidung. Inhale dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan


•Sapu Sambil Doa

Kemudian, sapu ke bahagian kepala disertai dengan niat atau doa, turun ke tengkuk, bahu, dada, tangan, badan hingga ke hujung kaki. Antara doa yang boleh diamalkan ;


"Ya Allah yang Maha Berkuasa, dengan nama-Mu yang Maha Agung aku mohon perlindungan kepada-Mu, dari segala kejahatan jin, syaitan, iblis, manusia, binatang buas dan berbisa serta dari makanan yang memudaratkan keimananku, akal fikiranku, hatiku, emosiku, rohani dan jasmaniku".


"Ya Allah, kuatkanlah aura dan energi yang positif pada diriku dan sekelilingku. Jauhkanlah aku dari energi-energi yang negatif".


Semoga bermanfaat.


Pembelian White Angelica